Portal Affiliate No. 1 Malaysia Forum Index Portal Affiliate No. 1 Malaysia
-Pendapatan tanpa sempadan-
 
  FAQFAQ    SearchSearch    MemberlistMemberlist    UsergroupsUsergroups    fchat fChat  RegisterRegister  
  ProfileProfile    Log in to check your private messages Log in to check your private messages    Log in Log in 

Affiliate:Promosi Bagaimana Yang Harus Dijalankan

 
Post new topic   Reply to topic    Portal Affiliate No. 1 Malaysia Forum Index -> Panduan, Tips, Nasihat, Teknik Promosi, Petua Dan Lain-lain
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Zarul



Joined: 16 Aug 2009
Posts: 2
Location: Kay Ell

PostPosted: Sun Aug 16, 2009 2:11 am    Post subject: Affiliate:Promosi Bagaimana Yang Harus Dijalankan Reply with quote

Affliate seperti yang anda tahu adalah salah satu sistem pemasaran
yang disediakan oleh pengeluar produk kepada umum untuk
mempromosi atau menjalankan urusan pemasaran produk mereka.
Sesiapa sahaja layak untuk menyertainya,selalunya keahlian
ditawarkan secara percuma,setelah mendaftar anda akan diberi satu
link affiliate yang unik,dimana dengan link inilah nanti menjadi alat
untuk anda mengaut seberapa banyak wang melaluinya.
Jadi promosi yang bagaimana yang harus anda jalankan untuk
menjual produk affiliate anda itu tadi??
Terdapat 3 cara yang paling efektif :
i) Promosi Melalui Blog
ii) Promosi Melalui Forum
iii) Promosi Melalui eMail
Promosi Melalui Blog
Dr.Irfan Khairi ada menyatakan,salah satu cara yang berkesan dalam
mempromosikan affiiate ini adalah dengan mereview atau dalam BM nya
mengulas sesuatu produk
Jadi berpandukan pada fakta ini,anda seharusnya mengambil langkah ini
dan praktikkannya dengan mengulas melalui blog anda.Jika anda
mengulas mengenai produk IM make sure yang blog anda itu tadi adalah
berunsurkan IM,ini adalah penting kerana pembaca setia blog anda adalah
prospek yang bagus dan tepat dengan produk yang ingin anda jual,kalau
tak penat jer otak dan jari anda menulis review tu tadi
Anda juaga boleh meletakkan banner yang anda dapat dari penyedia
produk di laman blog anda dan secara tak langsung ini juga boleh
membantu meningkatkan jualan link affilaite anda
Promosi Melalui Forum
Promosi melalui kaedah ini adalah salah satu cara yang senang dan
percuma,namun begitu ia memerlukan konsistensi kesabaran serta dedikasi
dalam berforum.
Secara teknikalnya anda cuma perlu meletakkan link affiliate anda di
ruangan siggy atau signature dan seterusnya berforum dan link anda tadi
akan terpampang setiap kali anda membuat post,makin banyak anda post
banyaklah link anda diforum tersebut
Anda juga harus bijak memilih tempat anda berforum,bersesuaian dengan
produk affiliate anda itu tadi,kalau anda promote produk digital atau
ebook maka eloklah berforum di forum seperti WangCyber,DuitMania
dan JomBincang
Untuk lebih efektif anda haruslah selalu aktif berforum macam saya cakap
tadi konsinstensi,dalam menjayakan promosi anda melalui kaedah ini.
Dan salah satu lagi cara adalah dengan meningkatkan reputasi anda
dalam forum yang anda sertai..bagaimana nak meningkatkan reputasi dan
lebih dikenali?
Pertama anda haruslah selalu menulis artikel artikel di forum-forum yang
anda sertai,dengan cara ini sedikit sebanyak ahli ahli forum mendapat
manfaat dari tulisan anda itu tadi sekaligus membuka mata mereka kepada
anda dan anda akan dipuji serta disanjung paling tidak pun orang akan
berterima kasih dengan anda
Kedua,selalu lah memberi pendapat-pendapat yang bernas setiap kali anda
menjawab persoalan atau perbincangan yang diutarakan oleh forumer
Dan yang ketiga,rajin-rajinlah menjawab permasalahan yang dihadapi oleh
ahlli forum yang lain but make sure you know what r u doin maksudnya
anda mestilah tahu mengenai masalah yang hendak dijawab
Promosi Melalui E-mail
Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling berkesan dan diakui oleh
ramai affiliater-affiliater terkenal tanahair
Sebelum melaksanakan promosi ini anda perlu lah melakukan beberapa
perkara terlebih dahulu.
Yang pertama anda mestilah mempunyai squeeze page,mail list,sistem
autoresponder dan sebuah ebook percuma atau repot percuma atau
yang sewaktu dengannya
Kenapa anda memerlukan benda-benda yang saya sebutkan itu tadi?
Teruskan pembacaan anda diperenggan yang berikut
Baiklah apa yang saya sebutkan tadi adalah tools yang anda perlukan untuk
mengumpul mailing list anda kerana promosi melalui email tak akan
ampuh jika anda tidak mempunyai senarai mail list
Jadi bagaimana nak kumpul mail list ni?? Pertama sekali anda perlulah
membina satu laman web yg dipanggil squeeze page.Laman web ni
berfungsi sebagai alat untuk anda menarik orang ramai menjadi ahli dalam
mail list anda,didalam laman web tadi anda letakkan sebuah ebook
percuma (contoh sahaja) untuk diberikan kepada bakal ahli mail list anda
dengan syarat mereka meletakkan nama serta email address di ruangan
yang anda sediakan di laman web anda,jika mereka bersetuju serta
berminat mereka akan melatakkan nama dan email mereka..boom!! anda
dah dapat seorang dalam mail list anda,kita panggil subscriber
Untuk menguruskan senarai mail ist anda atau subscriber ini anda
memerlukan sebuah perisian yang dinamakan autoresponder. Perisian ini
berfungsi sebagai alat untuk menyenangkan kerja-kerja penghantaran
email kepada subscriber anda, anda boleh dapatkan perisian ini di
internet,ada yang percuma dan ada yang berbayar,tapi saya syorkan yang
berbayar sebab ianya lebih efektif dan berkesan,contoh-contoh
autoresponder berbayar AWeber,GetResponse dll.
Setelah anda selesai membuat apa yang telah saya terangkan diatas tadi
maka kini masanya untuk kumpul mail list anda.Anda boleh lah
promotekan link squeeze page anda di blog-blog,forum-forum serta
laman web-laman web yang tinggi pelawatnya.
Setelah anda memiliki senarai mail list yang ramai maka kerja mempromosi
link affiliate anda akan menjadi lebih mudah,tapi beberapa perkara perlu
dititikberatkan iaitu selalu menjaga subscriber anda dengan
menyogokkan mereka dengan tip tip percuma terlebih dahulu
sebelum melakukan aksi promosi anda
Satu contoh tip untuk meyakinkan serta menarik minat pembeli ialah
dengan memberikan rebet tunai atau ebook percuma atau jika mampu
buatlah personal coaching kepada bakal pembeli anda yang ingin
membeli melalui link affiliate anda
Itulah tadi beberapa contoh utama yang dapat saya huraikan kepada anda
mengenai langkah-langkah mempromosikan link affiliate anda.Semua
langkah yang telah saya tunjukkan diatas memerlukan usaha gigih serta
dedikasi yang tinggi bagi merealisasikan impian anda-menjana wang
melalui sistem affiliate ini
Selamat Berjaya!
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Portal Affiliate No. 1 Malaysia Forum Index -> Panduan, Tips, Nasihat, Teknik Promosi, Petua Dan Lain-lain All times are GMT + 8 Hours


Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum